Hari ni pun Cik Isteri cuti lagi, sempena keputeraan Raja negeri ini dan En Suami pulak kerja sebabnya ofis beliau kat negeri lain. Awal -awal pagi lagi En Suami dah bertolak ke pejabat berbekalkan lepat liat yang kitorang buat sama-sama malam tadi. Pandai jugak En Suami bungkus lepat, cuma yang Cik Isteri tak puas hati semua lepat yang En Suami balut tak sama saiz. Cik Isteri pulak memang cerewet, kalau boleh semuanya nak standard saiz. Namun disebabkan En Suami dah ringan tulang nak membantu malaslah Cik Isteri nak komen banyak- banyak. Dah tolong pun cukup baik dah, dah jimat masa Cik Isteri.
Disebabkan keseorangan Cik Isteri goreng Char Kuey Teow jer untuk makan tengahari. Kalau nak diikutkan Cik Isteri memang tak ada hati nak makan apa-apa, tak berselera sebab mulut rasa payau (kata orang utara "rasa tak sedap mulut") tapi kalau tak jamah sebarang makanan langsung nanti perut masuk angin dan Cik Isteri sendiri jugak yang susah. Char Kuey Teow ni memang kegemaran Cik Isteri dan En Suami. Disebabkan Cik Isteri memang tak ada kerja hari ini jadi ringan le jari jemari Cik Isteri nak menaip resipinya di sini cuma Cik Isteri tak dapat nak kongsi gambarnya sebab Cik Isteri tertinggal USB Kabel di ofis..
CHAR KUEY TEOW
Bahan sos
- 3 sb kicap char kuey teow (CI guna cap Otaku)
- 1/2 sd teh petis
- 1/2 sb sos tiram
- 1/2 cwn air
Bahan utk menggoreng
- 1 ulas bwg putih (dicincang)
- 3-5 ekor udang sederhana
- 2 sb cili kisar
- 1 bj telur ayam
- kuey teow
- taugeh
- kucai
- Sedikit minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan udang seketika (10 saat).
- Masukkan cili kisar, kacau sekejap dan masukkan kuey teow (anggaran segenggam lebih). Balik-balikkan sehingga kuey teow bercampur sebati dengan cili.
- Masukkan taugeh dan kucai, pecahkan telur dan masukkan di satu sudut kuali. Tuangkan sos dan tunggu sehingga mendidih. Apabila mendidih kacau seketika dan angkat.
No comments:
Post a Comment