Hari ini setelah En Suami pergi ke sekolah memandu (hadir kursus untuk lesen GDL) Cik Isteri keseorangan dan dilanda kebosanan yang teramat sangat. Biasanya pada hari-hari sebelum ini Cik Isteri akan dilanda rasa lapar yang melampau, tetapi sebaliknya pulak yang berlaku hari ini. Cik Isteri bukan sahaja tak terasa lapar, malah selera makan langsung tak ada. Bila fikir tentang nasik dan lauk yang sudah tersedia di atas meja, Cik Isteri rasa mual. Cik Isteri tak lalu langsung nak jamah nasik. Bila tengok pada daun pisang di belakang rumah, tiba-tiba rasa teringin nak makan lepat liat. Lepas tu Cik Isteri terbayang- bayang pulak keenakan lepat pisang. Bengong Cik Isteri dibuatnya, rasa terliur sangat-sangat tapi En Suami hanya akan sampai di rumah selepas jam 6 petang. Jadi, kenalah terus bersabar.
Bila saja En Suami balik, beliau terus bawa Cik Isteri ke pasar malam dan beli lepat pisang. Tapi sekali jamah jer, Cik Isteri kembali tak berselera. Sudahnya baki lepat tu Cik Isteri buang jer. Membazir kan? Cik Isteri dah susah hati, harap-harap esok selera makan Cik Isteri kembali normal. Tak seronok lah tak ada selera makan, perut Cik Isteri dah kembong masuk angin dan rasa tak selesa, waaaa....
aik...dah payau2 nie, da isi ker..
ReplyDelete