cursor

script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/bubblecursor.js">

Sunday 5 June 2011

Argh.. laptop dah kena curi!

Tensen! Laptop yang selalu Cik Isteri gunakan untuk berblog dah kena kebas dengan orang jahat yang tak berakal. Al kisahnya, jumaat lepas En Suami tertinggal laptop tu dalam kereta, nak jadi habuan makhluk tak berhati perut tu agaknya, dah ler laptop hilang cermin kereta pulak hancur berderai. Memang dasar manusia durjana! Tapi walau apa pun Cik Isteri berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk kepada pencuri tersebut. Disebabkan kereta yang dah 'ternganga' tu jugak cuti hujung minggu Cik Isteri dan En Suami jadi sangat membosankan. Nak keluar pun takut kalau hujan nanti bahagian dalam kereta basah. Nak pergi pasang cermin baru, workshop pulak tutup. Jadi, melepak sajalah kat rumah mengadap muka masing- masing wakaka.. Tapi Cik Isteri tetap bagi En Suami kerja, potong rumput, mop lantai, alih perabot dan tolong buat roti hahaha..
Inilah hasil kerja En Suami, dah makin mahir En Suami pintal bun sosej ni. 

 Ini pulak pizza. Yang ini toppingnya Cik Isteri letak daging ayam.

Yang ini pulak pizza daging...

Sebenarnya Cik Isteri gunakan doh yang sama untuk menghasilkan roti sosej dan pizza ni. Untuk doh pizza tu pulak Cik Isteri bakar separuh masak dan frozenkan, bila rasa nak makan keluarkan dan isi toppingnya saja. Cik isteri gunakan resipi kat bawah ni untuk menghasilkan doh roti/ pizza :

Bahan- bahan:
  • 280g tepung high protein
  • 1 tsp susu tepung
  • 30 g telur 
  • 4g yis kering 
  • 50g gula 
  • 1/4 tsp bread improver 
  • 1/4 tsp bread softener 
  • 120ml air suam

Caranya:
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam breadmaker. Tunggu sehingga doh siap.
  2. Untuk roti sosej, bulat- bulatkan doh (50g setiap satu). Canaikan, dan gulung dengan sosej yang telah direbus dan ditoskan terlebih dahulu.Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit.
  3. Untuk pizza, timbang doh (125g) dan canaikan nipis. Masukkan ke dalam dulang pizza atau tudung periuk. Cucuk permukaan doh dengan garpu, rehatkan doh sebentar dan bakar selama 5 minit (suhu 170 C).
  4. Kemudian bolehlah letakkan sebarang topping yang disukai atas pizza tersebut dan bakar lagi hingga masak.



Wednesday 1 June 2011

Nasi Goreng Lada Hitam En Suami..

Hari ini pagi-pagi la En Suami bertanya "Boleh makan nasi goreng lada hitam tak? Dalam kebingungan Cik Isteri pun menjawab, "Boleh, tapi di rumah kita tak ada lada hitam". Lepas solat subuh En Suami bergegas ke dapur, rupanya En Suami dah beli bahan-bahan untuk resipi Nasi Goreng Lada Hitamnya.. Cik Isteri tak banyak soal, dah orang masakkan untuk kita so, makan jer. Tapi Cik Isteri rasa En Suami guna perencah segera muahaha.. Sebelum makam Cik Isteri sempat snap juadah yang disediakan oleh En Suami tersebut..


Inilah dia Nasi Goreng Lada Hitam yang disediakan oleh En Suami. Stok sayuran dalam icebox dah abis jadi En Suami Letak telur ngan Capsicum Hijau jer..

Lepas makan Nasi Goreng spesel tersebut (kononnya ler) Cik Isteri hadap pulak Sushi cap Tesco yang dibelikan En Suami malam tadi. Saja je nak bagi hilang rasa teringin, makan seketul je sebab perut dah penuh terisi Nasi Goreng. Malam tadi Cik Isteri tak rasa nak makan Sushi ni sebab masa tu perut Cik Isteri dah kenyang makan Nasi dengan Paprik Sotong ni:

Paprik Sotong ni Cik Isteri main lambak je bahan- bahan yang ada dalam icebox. En Suami kata sedap. Haha ok la tu.. Resipinya mudah je, Cik Isteri main campak je bahan-bahan ni:
  • 2 sb kicap pekat 
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb sos tomato
  • 3 sd besar sos tiram 
  • 2 hiris limau nipis
  • sedikit minyak
  • 1/2 cwn air
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 batang serai (diketuk @ belah 2)
  • 3 ekor sotong (potong kecil)
  • sayur (carot, cauliflower, brokoli)
  • daun limau purut
  • 5 bj cilipadi (diketuk)
Cara nak campak :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan sotong dan goreng seketika.
  2. Masukkan semua sos dan carot. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan sayuran lain, daun limau purut dan cilipadi. Biarkan masak dan sedia untuk dihidangkan.







Tuesday 31 May 2011

Bila En Suami outstation

Cik Isteri rasa tak bermaya sangt hari ini, perut Cik Isteri berkeroncong kelaparan tapi selera makan langsung tak ada. Memang macam ni lah keadaannya bila Cik Isteri berseorangan, langsung tak ada selera makan. Sebelum kahwin pun sama, teringat dulu masa tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan Cik Isteri tak lalu nak makan sebulan selepas rakan rumah sewa terakhir pindah. kalau bulan puasa lagi teruk, setiap berjurai- jurai airmata Cik Isteri jatuh bila berbuka seorang diri. Masa tu jugaklah Cik Isteri rasa sayu dan teringat pada mak di kampung. Cik Isteri paksakan diri jugak untuk jamah makanan ni:


Cik Isteri betol- betol tak ada hati nak memasak, nak beli pun tak tau nak makan apa. Buntu! Akhirnya Cik Isteri goreng sosej dan makan dengan roti yang Cik Isteri buat malam tadi. Roti tu Cik Isteri bake ala-ala pizza tapi roti lagi tebal dari topping. Kalaulah setiap hari Cik Isteri ditinggalkan keseorangan begini rasanya badan Cik Isteri boleh jadi nipis. Rasa lambatnya nak tunggu En Suami balik esok huhuhu...

Saturday 28 May 2011

Jaga rumah lagi...

Agaknya dah nasib Cik Isteri, asal cuti hujung minggu jer Cik Isteri akan berseorangan. En Suami ke Perak pulak hari ini, menghadiri majlis kenduri kawen kawan kolejnya dulu. Sebenarnya En Suami memang ajak Cik Isteri pergi sekali, tapi Cik Isteri yang menolak. Sebabnya sekarang ini Cik Isteri tak boleh nak duduk dalam kereta lama -lama. Lenguh pinggang, selalu kelaparan dan kerap juga nak buang air kecil. Jadi Cik Isteri lebih rela duduk di rumah berseorangan. Pagi tadi Cik Isteri sempat Goreng Mee Sanggul untuk sarapan pagi untuk En Suami. Mee sanggul ni memang kegemaran Cik Isteri dan nak gorengnya pun senang. Cik Isteri biasanya bubuh jer sayur apa yang ada dalam peti ais. Tadi Cik Isteri Goreng habis satu bungkus dan Cik Isteri dan En Suami 'menghadap'nya bersama -sama sampai licin.

Mee Sanggul Goreng



Wednesday 25 May 2011

Bila dapur tak berasap...

Dah banyak hari Cik Isteri tak berblog, bukannya lupa tapi Cik Isteri keletihan. Tak tau kenapa Cik Isteri rasa letih sangat dan selalu terlelap awal. Masuk hari ini dah tiga hari Cik Isteri tak masak makan malam untuk En Suami. Dua hari lepas En Suami dengan baik hatinya belanja Cik Isteri makan seafood kat Kuala Perlis.Sukanya hati Cik Isteri dapat makan sedap...

Mentarang Masak Halia- Menu wajib En Suami dan Cik Isteri.


Seafood Tomyam. 4 ekor udang dan 1 ekor sotong je. Tak begitu menepati citarasa Cik Isteri sebab supnya kurang masam.



Menu khas pilihan En Suami : Set Terung bakar dan sambal cicah.

Keesokan harinya pulak En Suami telah ringan tulang untuk menggoreng nasi. Well, air tangan En Suami memang tidak mengecewakan.

Nasi Goreng yang membuatkan hati Cik Isteri berbunga-bunga. Walaupun dalam gambar ikan bilisnya nampak mengerikan tapi hakikatnya Nasi Goreng ni sedap. Cik Isteri makan sampai bertambah.

Tuesday 17 May 2011

Cuti lagi..

Sudah 2 hari Cik Isteri tak berblog. Bukannya sibuk, cuma Cik Isteri tak ada mood. Cuti hari Wesak Cik Iseri habiskan dengan bersendirian di rumah kerana En Suami kerja. Kerana terlalu bosan jugak Cik Isteri pun buatlah header baru untuk blognya. Cik Isteri download kartun dari internet je dan edit guna GIMP. (Tak tahulah sama ada jadi satu kesalahan atau tak guna karya kartun orang cik lain nih, Cik Isteri main amik je. Nak lukis sendiri Cik Isteri tak retilah. )Sekejap je dah siap, sebab Cik Isteri buat simple jer, mungkin lain kali kalau bosan lagi Cik Iseri mekap lagi header ni.
Hari ni pun Cik Isteri cuti lagi, sempena keputeraan Raja negeri ini dan En Suami pulak kerja sebabnya ofis beliau kat negeri lain. Awal -awal pagi lagi En Suami dah bertolak ke pejabat berbekalkan lepat liat yang kitorang buat sama-sama malam tadi. Pandai jugak En Suami bungkus lepat, cuma yang Cik Isteri tak puas hati semua lepat yang En Suami balut tak sama saiz. Cik Isteri pulak memang cerewet, kalau boleh semuanya nak standard saiz. Namun disebabkan En Suami dah ringan tulang nak membantu malaslah Cik Isteri nak komen banyak- banyak. Dah tolong pun cukup baik dah, dah jimat masa Cik Isteri.
Disebabkan keseorangan Cik Isteri goreng Char Kuey Teow jer untuk makan tengahari. Kalau nak diikutkan Cik Isteri memang tak ada hati nak makan apa-apa, tak berselera sebab mulut rasa payau (kata orang utara "rasa tak sedap mulut") tapi kalau tak jamah sebarang makanan langsung nanti perut masuk angin dan Cik Isteri sendiri jugak yang susah. Char Kuey Teow ni memang kegemaran Cik Isteri dan En Suami. Disebabkan Cik Isteri memang tak ada kerja hari ini jadi ringan le jari jemari Cik Isteri nak menaip resipinya di sini cuma Cik Isteri tak dapat nak kongsi gambarnya sebab Cik Isteri tertinggal USB Kabel di ofis..

CHAR KUEY TEOW

Bahan sos
  • 3 sb kicap char kuey teow (CI guna cap Otaku)
  • 1/2 sd teh petis
  • 1/2 sb sos tiram
  • 1/2 cwn air
Kesemua bahan dicampur bersama dan dikacau rata.

Bahan utk menggoreng
  • 1 ulas bwg putih (dicincang)
  • 3-5 ekor udang sederhana
  • 2 sb cili kisar
  • 1 bj telur ayam
  • kuey teow
  • taugeh
  • kucai
  • Sedikit minyak untuk menumis
Caranya
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan udang seketika (10 saat).
  2. Masukkan cili kisar, kacau sekejap dan masukkan kuey teow (anggaran segenggam lebih). Balik-balikkan sehingga kuey teow bercampur sebati dengan cili.
  3. Masukkan taugeh dan kucai, pecahkan telur dan masukkan di satu sudut kuali. Tuangkan sos dan tunggu sehingga mendidih. Apabila mendidih kacau seketika dan angkat.
Anggaran masa menggoreng ialah 1-2 minit sahaja. Sewaktu menggoreng api perlu dikuatkan. Sekiranya suka Char Kuey Teow yang kering bolehlah dilebihkan kuey teow.

Sunday 15 May 2011

Bila mulut terasa payau..

Hari ini setelah En Suami pergi ke sekolah memandu (hadir kursus untuk lesen GDL) Cik Isteri keseorangan dan dilanda kebosanan yang teramat sangat. Biasanya pada hari-hari sebelum ini Cik Isteri akan dilanda rasa lapar yang melampau, tetapi sebaliknya pulak yang berlaku hari ini. Cik Isteri bukan sahaja tak terasa lapar, malah selera makan langsung tak ada. Bila fikir tentang nasik dan lauk yang sudah tersedia di atas meja, Cik Isteri rasa mual. Cik Isteri tak lalu langsung nak jamah nasik. Bila tengok pada daun pisang di belakang rumah, tiba-tiba rasa teringin nak makan lepat liat. Lepas tu Cik Isteri terbayang- bayang pulak keenakan lepat pisang. Bengong Cik Isteri dibuatnya, rasa terliur sangat-sangat tapi En Suami hanya akan sampai di rumah selepas jam 6 petang. Jadi, kenalah terus bersabar.
Bila saja En Suami balik, beliau terus bawa Cik Isteri ke pasar malam dan beli lepat pisang. Tapi sekali jamah jer, Cik Isteri kembali tak berselera. Sudahnya baki lepat tu Cik Isteri buang jer. Membazir kan? Cik Isteri dah susah hati, harap-harap esok selera makan Cik Isteri kembali normal. Tak seronok lah tak ada selera makan, perut Cik Isteri dah kembong masuk angin dan rasa tak selesa, waaaa....