cursor

script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/bubblecursor.js">

Saturday, 14 May 2011

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama Cik Isteri kembali berblog. Dah lama Cik Isteri berhenti menulis di blog, sebabnya Cik Isteri rasa bosan dengan blog sendiri. Tapi sekarang ini Cik Isteri dah tercampak jauh ke daerah yang agak sunyi. Walaupun masih di Malaysia tapi di sini Cik Isteri rasa jauh dari kawan-kawan yang selalu bergelak ketawa bersama. Seakan-akan hilang tempat Cik Isteri nak berkongsi cerita. Satu-satunya teman akrab di sini hanyalah En Suami, itupun selepas jam 6 petang nanti agaknya baru kami dapat berjumpa, dan sementara itu Cik Isteri perlu kreatif menangani kebosanan yang melanda ini. Yang sebenarnya banyak kerja yang nak disiapkan hari ini, sejak berpindah seminggu yang lepas banyak lagi barang-barang yang nak disusun atur, tapi sekarang Cik Isteri dah tak secergas dulu. Sejak berbadan dua Cik Isteri jadi cepat letih dan mudah mengah. Atas nasihat doktor Cik Isteri cuba kurangkan aktiviti-aktiviti yang memenatkan terutama sekali mengangkat barang-barang yang berat. Akibatnya semua beban kerja tu terpaksa di longgokkan pada En Suami. Kasihan En Suami, sudahlah letih bekerja lepas tu nak kena tolong Cik Isteri buat kerja rumah pulak. Tapi Alhamdulilah Cik Isteri boleh dikatakan beruntung mendapat suami yang tidak berat tulang hendak membantu dalam menguruskan rumahtangga. Itulah yang dikatakan berkongsi hidup, En Suami berkongsi tugas Cik Isteri, dan Cik Isteri pun turut berkongsi tugas mencari rezeki hehehe...
Sekarang Cik Isteri dah hamil 8 minggu, sejak hamil Cik Isteri selalu dilanda rasa lapar yang melampau. Kalau dulu Cik Isteri hanya makan 2 kali sehari, tapi sekarang ini Cik Isteri boleh makan maksimum 5 kali sehari. Kalaulah situasi ni berterusan tak dapat Cik Isteri nak bayangkan bagaimana bentuk badan Cik Isteri selepas 7 bulan nanti. Harap- harap tu bolehlah Cik Isteri kembali ke berat yang normal selepas melahirkan anak nanti. Cik Isteri tak nak gemuk, nanti banyak baju tak muat huhuhu...

No comments:

Post a Comment