cursor

script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/bubblecursor.js">

Sunday, 5 June 2011

Argh.. laptop dah kena curi!

Tensen! Laptop yang selalu Cik Isteri gunakan untuk berblog dah kena kebas dengan orang jahat yang tak berakal. Al kisahnya, jumaat lepas En Suami tertinggal laptop tu dalam kereta, nak jadi habuan makhluk tak berhati perut tu agaknya, dah ler laptop hilang cermin kereta pulak hancur berderai. Memang dasar manusia durjana! Tapi walau apa pun Cik Isteri berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk kepada pencuri tersebut. Disebabkan kereta yang dah 'ternganga' tu jugak cuti hujung minggu Cik Isteri dan En Suami jadi sangat membosankan. Nak keluar pun takut kalau hujan nanti bahagian dalam kereta basah. Nak pergi pasang cermin baru, workshop pulak tutup. Jadi, melepak sajalah kat rumah mengadap muka masing- masing wakaka.. Tapi Cik Isteri tetap bagi En Suami kerja, potong rumput, mop lantai, alih perabot dan tolong buat roti hahaha..
Inilah hasil kerja En Suami, dah makin mahir En Suami pintal bun sosej ni. 

 Ini pulak pizza. Yang ini toppingnya Cik Isteri letak daging ayam.

Yang ini pulak pizza daging...

Sebenarnya Cik Isteri gunakan doh yang sama untuk menghasilkan roti sosej dan pizza ni. Untuk doh pizza tu pulak Cik Isteri bakar separuh masak dan frozenkan, bila rasa nak makan keluarkan dan isi toppingnya saja. Cik isteri gunakan resipi kat bawah ni untuk menghasilkan doh roti/ pizza :

Bahan- bahan:
  • 280g tepung high protein
  • 1 tsp susu tepung
  • 30 g telur 
  • 4g yis kering 
  • 50g gula 
  • 1/4 tsp bread improver 
  • 1/4 tsp bread softener 
  • 120ml air suam

Caranya:
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam breadmaker. Tunggu sehingga doh siap.
  2. Untuk roti sosej, bulat- bulatkan doh (50g setiap satu). Canaikan, dan gulung dengan sosej yang telah direbus dan ditoskan terlebih dahulu.Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit.
  3. Untuk pizza, timbang doh (125g) dan canaikan nipis. Masukkan ke dalam dulang pizza atau tudung periuk. Cucuk permukaan doh dengan garpu, rehatkan doh sebentar dan bakar selama 5 minit (suhu 170 C).
  4. Kemudian bolehlah letakkan sebarang topping yang disukai atas pizza tersebut dan bakar lagi hingga masak.



Wednesday, 1 June 2011

Nasi Goreng Lada Hitam En Suami..

Hari ini pagi-pagi la En Suami bertanya "Boleh makan nasi goreng lada hitam tak? Dalam kebingungan Cik Isteri pun menjawab, "Boleh, tapi di rumah kita tak ada lada hitam". Lepas solat subuh En Suami bergegas ke dapur, rupanya En Suami dah beli bahan-bahan untuk resipi Nasi Goreng Lada Hitamnya.. Cik Isteri tak banyak soal, dah orang masakkan untuk kita so, makan jer. Tapi Cik Isteri rasa En Suami guna perencah segera muahaha.. Sebelum makam Cik Isteri sempat snap juadah yang disediakan oleh En Suami tersebut..


Inilah dia Nasi Goreng Lada Hitam yang disediakan oleh En Suami. Stok sayuran dalam icebox dah abis jadi En Suami Letak telur ngan Capsicum Hijau jer..

Lepas makan Nasi Goreng spesel tersebut (kononnya ler) Cik Isteri hadap pulak Sushi cap Tesco yang dibelikan En Suami malam tadi. Saja je nak bagi hilang rasa teringin, makan seketul je sebab perut dah penuh terisi Nasi Goreng. Malam tadi Cik Isteri tak rasa nak makan Sushi ni sebab masa tu perut Cik Isteri dah kenyang makan Nasi dengan Paprik Sotong ni:

Paprik Sotong ni Cik Isteri main lambak je bahan- bahan yang ada dalam icebox. En Suami kata sedap. Haha ok la tu.. Resipinya mudah je, Cik Isteri main campak je bahan-bahan ni:
  • 2 sb kicap pekat 
  • 3 sb sos cili
  • 3 sb sos tomato
  • 3 sd besar sos tiram 
  • 2 hiris limau nipis
  • sedikit minyak
  • 1/2 cwn air
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 batang serai (diketuk @ belah 2)
  • 3 ekor sotong (potong kecil)
  • sayur (carot, cauliflower, brokoli)
  • daun limau purut
  • 5 bj cilipadi (diketuk)
Cara nak campak :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan sotong dan goreng seketika.
  2. Masukkan semua sos dan carot. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan sayuran lain, daun limau purut dan cilipadi. Biarkan masak dan sedia untuk dihidangkan.