cursor

script type="text/javascript" src="https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/bubblecursor.js">

Sunday, 5 June 2011

Argh.. laptop dah kena curi!

Tensen! Laptop yang selalu Cik Isteri gunakan untuk berblog dah kena kebas dengan orang jahat yang tak berakal. Al kisahnya, jumaat lepas En Suami tertinggal laptop tu dalam kereta, nak jadi habuan makhluk tak berhati perut tu agaknya, dah ler laptop hilang cermin kereta pulak hancur berderai. Memang dasar manusia durjana! Tapi walau apa pun Cik Isteri berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk kepada pencuri tersebut. Disebabkan kereta yang dah 'ternganga' tu jugak cuti hujung minggu Cik Isteri dan En Suami jadi sangat membosankan. Nak keluar pun takut kalau hujan nanti bahagian dalam kereta basah. Nak pergi pasang cermin baru, workshop pulak tutup. Jadi, melepak sajalah kat rumah mengadap muka masing- masing wakaka.. Tapi Cik Isteri tetap bagi En Suami kerja, potong rumput, mop lantai, alih perabot dan tolong buat roti hahaha..
Inilah hasil kerja En Suami, dah makin mahir En Suami pintal bun sosej ni. 

 Ini pulak pizza. Yang ini toppingnya Cik Isteri letak daging ayam.

Yang ini pulak pizza daging...

Sebenarnya Cik Isteri gunakan doh yang sama untuk menghasilkan roti sosej dan pizza ni. Untuk doh pizza tu pulak Cik Isteri bakar separuh masak dan frozenkan, bila rasa nak makan keluarkan dan isi toppingnya saja. Cik isteri gunakan resipi kat bawah ni untuk menghasilkan doh roti/ pizza :

Bahan- bahan:
  • 280g tepung high protein
  • 1 tsp susu tepung
  • 30 g telur 
  • 4g yis kering 
  • 50g gula 
  • 1/4 tsp bread improver 
  • 1/4 tsp bread softener 
  • 120ml air suam

Caranya:
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam breadmaker. Tunggu sehingga doh siap.
  2. Untuk roti sosej, bulat- bulatkan doh (50g setiap satu). Canaikan, dan gulung dengan sosej yang telah direbus dan ditoskan terlebih dahulu.Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 170 C selama 20-25 minit.
  3. Untuk pizza, timbang doh (125g) dan canaikan nipis. Masukkan ke dalam dulang pizza atau tudung periuk. Cucuk permukaan doh dengan garpu, rehatkan doh sebentar dan bakar selama 5 minit (suhu 170 C).
  4. Kemudian bolehlah letakkan sebarang topping yang disukai atas pizza tersebut dan bakar lagi hingga masak.



1 comment: